Saturday, January 2, 2010

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH & MASIHI

salam semua saudaraku, maaf agak lama tak kemaskini blog. agak sibuk dgn kerja2 harian demi kelansungan hidup. mohon doa dari sahabat2 utk kekuatan diri mengharungi ujian hidup. bnyak memori yg kita telah lalui & pengalaman ini mematangkan diri. Ya Allah, kau berilah kekuatan kepada kami semua, dlm mengharungi hidup didunia yg fana ini..amin.
saudaraku, marilah kita sama2 memikirkan suatu masalah yg dihadapi oleh umat islam khususnya di Malaysia. kita sering mendengar keluhan daripada sebahagian ibu bapa yg telah putus asa dlm mendidik anak2. ada yg menyatakan saya telah didik anak dgn agama, masukkan anak dlm sek agama, memberi segala kasih sayang & sebagainya tetapi kenapa anak saya masih terlibat dgn gejala sosial seperti mat rempit, meragut, mencuri, merompak, hisap dadah, berzina, rogol sehingga ada yg murtad... nauzubillah.
apa yg boleh kita kongsi bersama2, dr ceramah ust2 , mendidik anak2 dgn pengetahuan agama semata2 belum mencukupi, faktor pemakanan & keadaan sekeliling tidak harus dipandang ringan. Adakah makanan kita pada hari ini halal??? terlalu banyak yg kita boleh dgr dgn masaalah makanan dipasaran malaysia sekarang, kita boleh layari laman sesawang persatuan pengguna islam malaysia. entah berapa ekor khinzir yg kita makan sejak dari kecil sampai sekarang. jgn terkejut dgn fakta ini, berapa bnyk makanan di pasaran yg mengandungi lemak/minyak khinzir. siapa yg harus di persalahkan??? siapa lagi kita la umat Islam.. Ya Allah saudaraku perkara ni bukan main2, macam mana la doa/amalan dll nak diterima dgn makanan haram. Lihat la sendiri di sekeliling kita keruntuhan akhlak pemuda islam, hati jadi gelap mcm mana nak dapat petunjuk, belajar la setinggi mana pun ilmu agama tetapi tidak ada kekuatan utk diamalkan. saudaraku marilah sama2 kita membuka mata hati kita, ini semua telah lama di rancang utk menjatuhkan umat islam. angkara siapa? yahudi laknatullah... marilah kita sama2 menyedarkan masyarakat islam disamping kita membantu produk2 muslim yg ada di pasaran.............. ibufood.com

Thursday, October 29, 2009

Salam semua pembaca setia, semoga di Rahmati Allah, maaf saya tak dpt teruskan artikel minggu lalu, saya tertarik utk memberi pandangan ini. jika anda ada Astro di rumah sudah pasti anda ada menonton rancangan jgn lupa lirik di saluran astro ria, apa yg dpt saya perhatikan kesemua lagu yg terpaksa dinyanyikan oleh peserta tiada satu pun lagu yg dpt dijadikan pengajaran @ nasihat, contohnya seperti lagu2 nasyid langsung tiada dalam senarai. Besar harapan saya serta pencinta lagu2 Nasyid supaya pihak yg berkenaan dapat membuat sedikit perubahan. juga kepada pembaca, mana la tau ada pembaca blog ini merupakan pengarah eksekutif astro.
Jika tidak, diharapkan saluran lain dapat mewujudkan rancangan baru seperti jgn lupa lirik lagu nasyid @ jgn lupa ayat Quran, sebagai altenatif, itu cadangan saya. Saya begitu teruja utk mmberi pandangan ini kerana terlalu ramai yg menonton rancangan ini & ada satu tarikan yg luar biasa tambahan dgn tawaran RM1juta kpd pemenang, sedikit sebanyak memberi kesan kepada generasi muda kita. Saya juga anak muda malaysia yg mengharapkan negara Malaysia menjadi titik permulaan kepada perubahan dunia keseluruhan, aminnn
Thanks atas kesudian membaca....

Thursday, October 1, 2009

Hidayat dan Kesyukuran yang Hilang di Hari Raya

Dalam bulan puasa amat dijaga perintah Allah SWT, solatnya, zakatnya, tawaduknya, percakapannya, pergaulannya, pandangannya dan setiap gerak-gerinya. Amat banyak dan lumayan hidayah yang telah berjaya dusahakan. Tetapi kenapa setelah bermulanya Syawal hidayah tersebut mula hilang sedikit demi sedikit? Adakah hidayah dalam bulan Ramadan tidak perlu dijaga hingga akhir hayat? Adakah tidak perlu mensyukuri nikmat ibadat dan taqwa yang diperolehi melalui madrasah Ramadan? Amat meriah suasana hari raya di negara Malaysia. Amalan ziarah menziarahi saudara mara dan sahabat handai amat dititik beratkan. Selain itu, amalan sedekah melalui 'duit raya' dan bertukar kuih muih juga mewarnai fenomena hari raya. Alhamdulillah, amat banyak kebaikan dari hari raya.Tetapi adakah hari raya yang dianugerahkan oleh Allah SWT untuk umat ini digunakan sebaik mungkin atau ianya disalahgunakan. Jawapannya ada dalam diri setiap umat Islam yang menyambut hari raya. Jawapan yang berbeza akan diberi oleh setiap mereka. Kenapa? Kerana setiap diri manusia ada kemahuan dan ada kefahaman tersendiri. Kehendak manusia tiada batasan. Oleh kerana itu, kehendak mereka menjawab juga tiada batasan. Sekiranya perkara ini tidak disistemkan maka akan berlaku perbezaan ketara di kalangan umat Islam dan akhirnya hari raya yang sepatutnya mampu membawa kesatuan umat menjadi punca perpecahan pendapat dan selisihnya rahmat.Islam tidak membiarkan umatnya bertindak mengikut fikiran dan kehendak masing-masing. Bahkan Islam meletakkan garis panduan yang kukuh dan jelas dalam menunaikan sesuatu perkara dalam kehidupan. Sekiranya urusan dunia pun diajar oleh Islam cara pengurusannya, apatah lagi dengan urusan ibadat dan yang berkaitan dengan ibadat seperti berhari raya.Ya benar, memang hari raya adalah termasuk dalam ibadat. Buktinya Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 185 bahawa antara hikmah disyariatkan berpuasa ialah untuk bertakbir pada hari raya. Seterusnya, hadis pula menjelaskan tentang tempoh takbir dan lafaz sebutan takbir tersebut. Selain itu, oleh kerana hari raya adalah ibadat yang bersifat 'happy' dan 'bergembira' mengikut adab-adab syariah maka diharamkan berpuasa pada hari itu.Hari raya Aidilfitri yang sebenar hanyalah pada 1 Syawal tetapi oleh kerana tempoh yang singkat tersebut tidak cukup untuk amalan ziarah menziarahi maka di Malaysia dan di beberapa negara lain menyambutnya berhari-hari bahkan mencecah hingga akhir bulan Syawal. Namun, hari raya yang dianggap ibadat hanyalah pada 1 Syawal.Oleh kerana hari raya adalah ibadat maka sudah pasti mempunyai hikmah tersendiri dalam menggilap keimanan setiap Muslim. Diringkaskan di sini bahawa hikmah utama dalam hari raya ialah memuji-muji Allah dan merasakan kehebatanNya kerana telah memberi cahaya hidayat dan petunjuk kepada umat Islam.
Seterusnya adalah untuk disyukuri anugerah Allah kepada umat islam. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185 menerangkan perkara ini:{شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ}Maksudnya: Bulan Ramadan yang telah diturunkan di dalamnya akan al-Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan keterangan dari petunjuk tersebut serta pemisah (antara kebenaran dan kebatilan) maka sesiapa yang menyaksikannya daripada kalangan kamu maka berpuasalah dia dan sesiapa yang sakit atau dalam dalam perjalanan safar maka gantilah pada hari-hari selain (Ramadan), Allah inginkan kemudahan untuk kamu dan Dia tidak ingin menyusahkan kamu, (disyaritakan puasa Ramadhan) juga supaya kamu membesarkan Allah kerana Dia telah memberi petunjuk kepada kamu dan begitu juga supaya kamu bersyukur.Di akhir ayat telah dijelaskan tentang hikmah hari raya. Pertama ialah untuk umat Islam membesarkan Allah SWT. Membesarkan Allah bukan kerana sudah bebas dari kekangan lapar di bulan Ramadan tetapi membesarkan Allah dan memuji-mujinya kerana telah memberi hidayah. Hidayah apa? Hidayah di sini terbahagi kepada dua iaitu hidayah atau petunjuk al-Quran yang Allah SWT telah turunkan, sama ada diterima oleh umat manusia atau tidak dan hidayah yang telah dianugerahkan kepada mana-mana individu yang dapat dinikmatinya.Hikmah kedua ialah spaya umat Islam bersyukur atas nikmat-nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah swt. Bukan nikmat dunia sahaja, bahkan yang paling utama ialah nikmat iman dan Islam.Perkara yang hendak ditekankan di sini ialah hidayah dan syukur. Sifat sentiasa merasa penting untuk menjaga hidayah yang telah dikurniakah oleh Allah SWT dan sifat sentiasa mensyukuri nikmat Allah dari semasa ke semasa adalah yang ditekankan oleh ayat tersebut. dalam erti kata yang lain, umat Islam diperintah supaya sensitif dengan isu hidayah dan diperintah untuk mensyukuri anugerah hidayah itu dengan menjaga ketaatan kepada Allah SWT dan RasulNya SAW.Setelah difahami ayat tersebut, marilah berfikir sejenak sejauh mana kesan hidayah dan ketaatan dari hari raya ini yang telah dapat kita hayati. Adakah hari raya lebih menjauhkan diri kita dari Allah atau lebih mendekatkan diri kita kepada Allah? Adakah dengan sebab menziarahi sanak saudara menyebabkan kita meninggalkan solat atau melambat-lambatkan solat? Adalah dengan sebab hari raya perkataan baik kita lebih banyak atau perkataan sia-sia yang lebih banyak? Adakah dengan sebab hari raya kita banyak bersedekah atau kita lebih banyak membazir? Setiap Muslim ada jawapan dalam diri masing-masing.Artikel ini tidak ingin menyalahkan budaya berhari raya yang berlaku di Malaysia atau di mana-mana tetapi artikel ini hanya ingin mengajak pembaca untuk berfikir tentang hakikat hari raya yang sepatutnya, hikmah disyariatkan hari raya dan sejauh mana hari raya telah disalahgunakan kemudian berusaha untuk membaikinya.Semoga Allah SWT memberi petunjuk hidayah kepada penulis dan pembaca serta seluruh umat Islam untuk benar-benar mencari hidayah dan kesyukuran yang telah banyak hilang dan dilupakan pada hari raya. Diriku bukan yang terbaik tetapi berusaha menuju ke arah itu bersama-sama umat. 1Umat 1Hidayat 1Matlamat.

Wednesday, June 25, 2008

Hadis Pilihan

Terjemahan Sahih Muslim

Bab Ancaman Terhadap Perbuatan Mendustakan Rasulullah s.a.w

Hadis Ali r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu cuba mendustakan aku kerana sesungguhnya orang yang mendustakan aku akan dimasukkan ke dalam api Neraka.


Bab Keterangan Tentang Iman, Islam Dan Ihsan. Wajib Beriman Kepada Ketentuan Dari Allah s.w.t. Tanda tanda Orang Yang Tidak Beriman Dengan Ketentuan Allah Dan Memesongkan Kebenaran

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum Muslimin, datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman? Lalu baginda bersabda: Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan dengan-Nya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan. Lelaki itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam? Baginda bersabda: Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadan. Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu. Lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Bilakah Hari Kiamat akan berlaku? Rasulullah s.a.w bersabda: Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku. Walau bagaimanapun aku akan ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya. Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya maka itu adalah sebahagian dari tandanya. Seterusnya apabila seorang miskin menjadi pemimpin masyarakat, itu juga sebahagian dari tandanya. Selain dari itu apabila masyarakat yang pada asalnya penggembala kambing mampu bersaing dalam menghiasi bangunan-bangunan mereka, maka itu juga dikira tanda akan berlakunya Kiamat. Hanya lima perkara itulah sahaja sebahagian dari tanda-tanda yang diketahui dan selain dari itu Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya. Kemudian Rasulullah s.a.w membaca Surah Luqman ayat 34 إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيْمٌ خَبِيرٌ Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bilakah akan berlaku Hari Kiamat, di samping itu Dialah juga yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim ibu yang mengandung. Tiada seorang pun yang mengetahui apakah yang akan diusahakannya pada keesokan hari iaitu samada baik atau jahat dan tiada seorang pun yang mengetahui di manakah dia akan menemui ajalnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya. Kemudian lelaki tersebut beredar dari situ. Rasulullah s.a.w terus bersabda kepada sahabatnya: Sila panggil orang itu kembali. Lalu para sahabat berkejar ke arah lelaki tersebut untuk memanggilnya kembali tetapi mereka dapati lelaki tersebut telah hilang. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki tadi ialah Jibril a.s. Kedatangannya adalah untuk mengajar manusia tentang agama mereka.

Friday, June 6, 2008

SURAH PILIHAN

Surah Az-Zalzalah


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,

وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,

وَقَالَ الْإِنسَانُ مَا لَهَا
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"

يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:

بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).

يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتاً لِّيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْراً يَرَهُ
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرّاً يَرَهُ
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

PENERBANGAN TERAKHIR

MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN

1· Tempat berlepas : Kehidupan dunia
2· Tempoh Perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi
3· Destinasi : Akhirat
4· Masa berlepas : Ketika di datangi Malaikat
5· Masa hadir : Ketika dan selepas Nyawa di cabut
6· Bentuk tempahan : Tetap, Pasti, dan tidak akan Berubah

SYARAT-SYARAT PERJALANAN
Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan didunia dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda, semua (pilot) yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Rasullullah serta menurutinya dengan berhati-hati.
Sebarang masalah hendaklah di rujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

BARANG MUATAN YANG DI DIBENARKAN
a) 5 meter kain kafan putih
b) Kapas Putih yang secukupnya
c) Muatan lain yang di pertimbangkan :-
Amal soleh, Sedekah jariah, Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya, Ilmu yang manfaat.

PERHATIAN* Lain-lain muatan yang di tegah adalah tanggungjawab para penumpang. Barangsiapa yang tidak mematuhinya akan di denda.

SAAT DAN WAKTU BERLEPAS* Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap-sedia untuk berlepas setiap saat jika tidak mahu sebarang kesusahan.

DIULANG
Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti, yang tidak perlu diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini.
Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada anda semua.
Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH surah Al-Kahfi ;
Ertinya : " Barang siapa mengharap perjumpaan yang baik denganTuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik,Janganlah pula mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu".